Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEBUAH mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas lima orang dan penjara ke atas tiga lagi bersabit pembunuhan wartawan Jamal Kashoggi tahun lalu.

Jamal, pengkritik lantang kerajaan Arab Saudi dibunuh di dalam konsulat negara itu di Istanbul, Turki oleh sekumpulan ejen Saudi.

Pihak pendakwa raya Arab Saudi berkata apa yang dilakukan oleh 11 orang terhadap Jamal  tidak diarahkan mahu pun direstui oleh kerajaan, lapor bbc.com.

Sementara itu, Pelapor Khas Bangsa-Bangsa Bersatu, Agnes Callamard menggesa siasatan dilakukan terhadap Putera Mohammed bin Salman berhubung pembunuhan tersebut.

Beliau bagaimana pun menafikan pembabitan, tetapi pada Oktober lalu berkata bahawa sebagai pemimpin beliau mengambil tanggungjawab sepenuh memandangkan kesemua yang terbabit bekerja untuk kerajaan Arab Saudi.

Menurut badan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch, perbicaraan yang dijalankan secara tertutup dan tidak mengikut standard antarabangsa menimbulkan persoalan tentang apa yang dianggap sebagai  campur tangan pihak berkuasa dalam kes berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here