Menikmati ayam KFC kini tradisi Krismas di Jepun

0
384
FOTO: KFC Jepun.

Oleh FETTY RARA

DI kebanyakan negara barat bukan sahaja dianggap ganjil, malahan biadab jika membawa ke meja hidangan Krismas makanan segera sebagai jamuan utama perayaan Krismas.

Bagaimana pun, bagi kita di Malaysia, menikmati ayam goreng KFC pun telah menjadi agak sinonim berikutan kempen promosi ayam KFC semasa Ramadan dan juga Hari Raya, tetapi tidaklah hingga menjadi satu tradisi.

Berbalik ke Jepun, di mana hanya kira-kira 1% rakyat negara itu menganut agama Kristian, ayam KFC telah menjelma sebagai jamuan tradisi orang Jepun sewaktu perayaan tersebut, seperti mana lemang, lontong, dan ketupat menjadi hidangan istimewa pada Hari Raya.

Tradisi luar biasa di Jepun ini sebenarnya tercetus daripada inspirasi pengurus restoran KFC pertama di Jepun, Takeshi Okawara pada 1970. Beliau merasakan bahawa alangkah baiknya jika diperkenalkan promosi pek ayam KFC barrel khas untuk Krismas di Jepun.

PELANGGAN beratur panjang untuk mendapatkan pesanan ayam goreng KFC krismas di Jepun / Foto: KFC Jepun.

Idea beliau itu diterima sebulat suara oleh pihak atasan KFC Jepun dan seterusnya muncul pelan pemasaran nasional KFC Jepun pada 1974 yang dikenali sebagai Kurisumasu ni wa Kentakkii atau Kentucky untuk Krismas.

Dengan ideanya itu Okawara yang berkelulusan Harvard University di Amerika Syarikat dalam masa yang singkat dinaikkan pangkat menjadi Presiden dan CEO Kentucky Fried Chicken Jepun dari 1984 hingga 2002, lapor bbc.com.

Menurut Profesor Madya Joonas Rokka di Emlyon Business School, Perancis yang mengkaji fenomena itu berkata pek promosi ‘Party Barrel untuk Krismas’ dengan begitu pantas menjadi kemestian di Jepun pada hari Krismas.

Jonnas berkata promosi tersebut telah memenuhi kelompangan budaya kerana di Jepun sebelum ini tiada terdapat tradisi Krismas, dan dengan inisiatif KFC itu secara tersendiri timbul deria kemestian bahawa setiap kali tiba Krismas orang Jepun wajib menikmati ayam KFC.

Begitu popular ayam KFC sewatu Krismas di Jepun hinggakan pesanan perlu dibuat berminggu-minggu sebelum perayaan.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here