Itik ‘palao’ hidangan istimewa Hari Krismas

0
388
ANAK kedua keluarga Philip Engkapan, Zaphne, 30, menunjukkan menu wajib iaitu Itik 'Palao' sempena sambutan Hari Krismas di rumahnya di Kota Samarahan hari ini. Itik ‘Palao’ atau itik berempah itu dimasak dengan menggunakan ramuan istimewa seperti herba cina, akar lada, daun bungkang, kayu manis dan lengkuas yang perlu diperapkan dan dimasak kira-kira 60 minit atau sehingga lembut. -- fotoBERNAMA

 

KUCHING — Bagi keluarga Philip Engkapan, 63, sambutan Hari Krismas setiap tahun disambut secara sederhana, namun ia terasa tidak lengkap tanpa menu wajib yang sentiasa disajikan sejak turun temurun sempena sambutan ini, iaitu hidangan Itik ‘Palao’.

Beliau berkata hidangan tradisi itu yang telah diamalkan sejak lebih 50 tahun oleh keluarganya, menjadi tarikan sanak saudara yang datang berkunjung setiap menjelang Hari Krismas.

“Itik ‘Palao’ atau Itik berempah itu dimasak dengan menggunakan ramuan istimewa seperti herba cina, akar lada, daun bungkang, kayu manis dan lengkuas yang perlu diperapkan dan dimasak kira-kira 60 minit sebelum boleh dimakan,” katanya kepada Bernama.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here