Anak perempuan Bruce Lee saman rangkaian makanan segera kerana guna imej ayahnya

0
480
PHOTO: Wikimedia Commons/J. Patrick Fischer [CC BY-SA 3.0 (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)]

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEBUAH syarikat milik anak perempuan Bruce Lee mengemukakan saman ke atas sebuah rangkaian makanan segera popular kerana menggunakan imej mendiang bintang seni mempertahankan diri itu.

Syarikat Bruce Lee Enterprises yang dikendalikan oleh Shannon Lee mendakwa rangkaian restoran Real Kungfu menggunakan imej ayahnya sebagai logo tanpa kebenaran.

Justeru, syarikat Shannon meminta supaya rangkaian tersebut keluarkan imej berkenaan selain menuntut ganti rugi sebanyak kira-kira RM130 juta, lapor bbc.com.

Rangkaian restoran itu, bagaimana pun, berkata pihak berkuasa telah meluluskan penggunaan logo seorang lelaki berambut hitam dengan aksi kungfu.

Real Kungfu yang berpangkalan di Guangzhou, China itu juga mempersoalkan mengapa hanya selepas 15 tahun mereka baharu disaman.

Bruce Lee Enterprises mengendalikan hak jenama dan lesen bagi menggunakan imej Bruce Lee.

Kes tersebut menarik perhatian kerana kerajaan China sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mengetatkan perlindungan ke atas hak harta intelek.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here