Dua wanita dirompak ketika tunggu cuci pakaian di kedai dobi layan diri

    0
    658

    DUA wanita dirompak oleh dua lelaki di sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Bandar Sri Damansara.

    Seorang pelukis grafik berusia 33 tahun bersama kawannya sedang menunggu untuk giliran membasuh pakaian mereka pada tengah malam semalam apabila dua lelaki itu menyerbu masuk dengan bersenjatakan kayu, lapor The Star.

    Suspek kemudian merampas beg tangan mangsa dan kawannya sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua  Myvi kuning milik mangsa.

    Ketua polis daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata polis telah memeriksa rakaman CCTV premis tersebut.

    “Kami sedang menyiasat untuk memastikan identiti suspek. Antara barang yang dicuri termasuk dokumen peribadi, enam telefon bimbit, kunci rumah dan wang tunai berjumlah RM200.

    Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis terdekat secepat mungkin.

    Video rompakan itu tular dalam media sosial.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here