Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SURAT khabar tabloid Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan akan mengakhiri edisi bercetaknya bulan ini.

Edisi yang diterbitkan pada 18 Disember lalu adalah merupakan yang terakhir dalam bentuk fizikal dan edisi berikutnya akan diterbitkan secara dalam talian.

Menurut Malaysiakini lapan kakitangan yang bertugas mengendalikan edisi bercetak akan diserapkan untuk versi dalam talian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil  mengesahkan bahawa Suara Keadilan akan diteruskan dalam talian sebagaimana diputuskan sewaktu Kongres Nasional parti pada 7 Disember lalu.

Suara Keadilan versi bercetak mula diterbitkan pada Jun 2005 hanya untuk edaran dalam kalangan ahli parti kerana tidak diberikan permit.

Permit hanya diperoleh daripada pihak Kementerian Dalam Negeri pada 2008 hingga 2 Julai 2010 dan permit selanjutnya tidak lagi diberikan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here