Oleh FETTY RARA
ASAP daripada kebakaran hutan di Australia kini dibawa angin sejauh lebih 2,000km hingga ke New Zealand menyebabkan udara berbau.
Asap tebal mencecah ruang udara New Zealand pada 31 Disember lalu hingga menukarkan warna langit yang selalunya biru kepada kekuningan.
Disebabkan keadaan sedemikian beberapa pemandangan indah di negara itu terjejas, termasuk pemandangan panoramik glasier di South Island yang kini hilang daripada penglihatan.
Sekurang-kurangnya 18 orang disahkan maut dan ada yang masih dilaporkan hilang disebabkan kebakaran hutan yang semakin merebak di beberapa negeri di Australia.
Pihak berkuasa mengunjurkan bahawa keadaan akan menjadi bertambah buruk menjelang hujung minggu nanti.
This the view from the top of the Tasman Glacier NZ today – whole South island experiencing bushfire clouds. We can actually smell the burning here in Christchurch. Thinking of you guys. ?#nswbushfire #AustralianFires #AustraliaBurning pic.twitter.com/iCzOGkou4o
— Miss Roho (@MissRoho) January 1, 2020
-BebasNews