Mural pada kontena tarikan baharu Pulau Pinang

0
712
FOTO: The Star.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

GEORGE TOWN yang terkenal dengan beberapa lukisan mural ikonik tarikan pelancong ke dinding-ding lama dan lorong-lorong usang bangunan warisan kini akan lebih menyerlah.

Terbaharu, muncul pula lukisan mural pada kontena yang disusun bertingkat di Prangin Mall dan dua lagi dalam proses pembikinan di Karpal Singh Drive dan Balik Pulau, sementara di seberang pula, mural di Aspen Vision City, Batu Kawan dan Dataran pemuda Merdeka, Butterworth.

Kesemua mural besar ini akan menambah nilai pelancongan di Pulau Pinang dengan menyerlahkan warna-warni kehidupan setempat.

Mural-mural tersebut akan disiapkan oleh tujuh pelukis Malaysia dan lima pelukis dari Rusia, Kanada, Belanda dan Ukraine.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif dan wawasan pihak Penang Global Tourism dan Can Can Public Art Team yang bertujuan merangsang kawasan kejiranan tertentu di Pulau Pinang dan melonjakkan sektor pelancongan, lapor The Star yang memetik pengarah Pesta Seni Lukis Kontena Antarabangsa Pulau Pinang Tan Chor Whye.

Penghasilan mural-mural tersebut juga bersempena pesta berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here