Anak Trump ‘tayang’ magazin senapang dengan gambar Hilary Clinton dalam penjara dan simbol perang salib

0
803

Oleh FETTY RARA

ANAK lelaki Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Donald Trump Jr. baru-baru ini memuat naik ke akaun Instagram  gambar beliau memegang senapang automatik yang baharu dimilikinya bersama magazin peluru memaparkan gambar Hilary Clinto dalam penjara.

Magazin peluru senapang tersebut juga dimodifikasi menyerupai topi besi askar perang salib bersama salib Kristian, lapor CNBC.

Salib sedemikian merupakan simbol kerajaan silam Kristian di Baitulmuqaddis pada kurun ke-11 setelah kota tersebut dirampas daripada pemerintahan Islam.

Untuk rekod Donald Trump menewaskan Hilary Clinton dalam pilihan raya presiden AS pada 2016 dan sepanjang kempen beliau di mana-mana hadirin sering kali meneriakkan supaya Hilary dipenjarakan.

Trump Jr adalah seorang peminat senjata api dan memburu. Sejak ayahnya dilantik menjadi presiden beliau dan adiknya, Eric mengambil alih tugas menguruskan bisnes ayahnya, Trump Organization.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here