Warga Malaysia di rantau Teluk dinasihat daftar diri di kedutaan terdekat

    0
    433
    KEDUTAAN Malaysia di Amman, Jordan.

    PUTRAJAYA — Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah semalam menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka.

    Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan segera, katanya.

    “Pendaftaran boleh dilakukan menerusi emel,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.

    Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:

    * Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan;

    * Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan;

    * Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.

    Saifuddin juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan.

    ADVISORY FOR MALAYSIANS IN THE GULF REGION - Asset Publisher

    — BERNAMA 

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here