Filipina hantar pulang 500 pelancong China walaupun perhubungan udara disekat ke Wuhan

0
6256
FOTO: Pan Pacific Airlines.

Oleh FETTY RARA

HAMPIR 500 pelancong China yang tiba di bandar Kalibo, Aklan dari Wuhan di mana koronavirus mula merebak akan dihantar balik ke destinasi asal minggu ini, lapor CNN Filipina yang memetik sumber pihak berkuasa penerbangan semalam.

Pengarah Eksekutif  Lembaga Penerbangan Awam Filipina, Carmello Arcilla berkata bahawa syarikat penerbangan Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline menjadualkan penghantaran mereka dalam tiga kumpulan bermula semalam, hari ini (Sabtu) dan Isnin.

Kesemua penerbangan yang digunakan akan kembali ke Filipina tanpa penumpang.

Misi penghantaran itu dilakukan walaupun sekatan perhubungan dunia dengan Wuhan sedang berkuat kuasa.

Syarikat penerbangan Pan Pacific mengendalikan penerbangan sewa khas di laluan Wuhan-Kalibo setiap Selasa hingga Ahad, sementara Royal Air pada Isnin dan Sabtu. Kesemua penerbangan digantung kecuali tiga yang digunakan untuk misi penghantaran pulang warga China itu.

-BebaNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here