Malaysia mahu bawa pulang rakyat terkandas di Hubei

    0
    400
    PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Malaysia mahu membawa pulang rakyat yang sihat yang terkandas di wilayah Hubei, China di mana letaknya bandar Wuhan yang menjadi pusat wabak koronavirus.

    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata perkara itu diputuskan Kabinet hari ini, dan Putrajaya akan berbincang dengan Beijing untuk menjayakan rancangan itu.

    China mengenakan sekatan perjalanan keluar dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei susulan peningkatan kes jangkitan wabak koronavirus.

    “Kita bincang dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tidak sakit boleh balik,” katanya, dan menambah Malaysia mahu menghantar pesawat untuk mengeluarkan seramai 78 rakyat yang terkandas di wilayah itu.

    “Kalau mereka benarkan pesawat kita masuk, kita akan bawa masuk bekalan makanan dan topeng muka,” katanya.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/malaysia-mahu-bawa-pulang-rakyat-terkandas-di-hubei/
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here