Buaya besar makin tercekik tayar dilehernya

0
906

Oleh FETTY RARA

SEBUAH provinsi di Indonesia menawarkan hadiah kepada sesiapa yang boleh menanggalkan tayar yang terlekat pada leher seekor buaya besar.

Menurut agensi berita Antara, buaya sepanjang 4 meter tersebut terpaksa hidup dengan tayar itu di lehernya sejak 2016 apabila dia dijumpai merayau di Sungai Palu, Sulawesi Tengah.

Dengan tayar tersebut masih terperangkap pada lehernya buaya itu terus selamat walaupun gempa bumi dan tsunami melanda wilayah berkenaan pada 2018.

Pihak berkuasa semakin bimbang tayar tersebut akan mencekik lehernya.

Jumlah hadiah yang ditawarkan masih belum diumumkan.

Menurut Antara sebelum ini pernah beberapa kali dilakukan cubaan untuk menanggalkan tayar tersebut tetapi gagal.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here