Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

UNITED Kingdom dengan rasminya keluar dari Kesatuan Eropah (EU) setelah 47 tahun memegang keahlian dan tiga tahun selepas referendum.

Detik bersejarah itu yang berlaku tepat pada pukul 23:00 GMT disambut dengan gembira oleh orang ramai, termasuk protes anti-Brexit, lapor bbc.com.

Di Scotland ia diraikan dengan peserta-peserta perhimpunan menyalakan lilin. Scotland mengundi supaya United Kingdom kekal dalam EU.

Perdana Menteri British Boris Johnson berikrar untuk menyatukan negara dan memacu UK ke hadapan.

Dalam mesej yang dimuat naik ke media sosial sejam sebelum detik rasmi itu, Boris berkata, “ Bagi ramai orang ini ialah detik harapan yang menakjubkan, satu detik yang tidak disangka akan terjadi.”

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here