UiTM buktikan kehebatan dalam acara karate do Masum

0
415
PENGARAH Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad depan (kiri) menyampaikan piala juara keseluruhan acara karate do kepada wakil pasukan sempena Karnival Sukan Masum Fasa 1 2020 di Perlis.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

ARAU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan pasukan karate donya adalah yang terbaik setelah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa 1 2020.

Pasukan UiTM cemerlang dengan mengutip tiga emas, dua perak 2 dan gangsa telah menewaskan Universiti Malaya (UM) di tangga kedua.

Menurut Jurulatih Karate Do UiTM, Syarulniza Abdul Jamie, beliau amat berpuas hati dengan kejayaan pasukan tersebut pada edisi kali.

“Ini kerana kejohanan ini juga merupakan pertama kali saya bersama pasukan karate do UITM.

“Kejayaan ini adalah kejayaan bersama semua pihak tidak kira peserta dan pihak pengurusan pasukan, “katanya.

Dalam acara yang dipertandingkan, Mohamad Adam Afeeq Mohd. Azlee, Siti Hajar Mohd. Azhat dan Syahmi Fandi bertindak cemerlang dengan menyumbang emas bagi pasukan UITM dalam kategori masing masing.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad di Dewan Semarak UiTM Arau Perlis di sini.

Sukan Masum Fasa 1 berlangsung di UiTM Perlis mulai 31 Januari hingga 6 Febuari 2020.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here