Koronavirus: China akui tidak tangani keadaan dengan sempurna

0
303
FOTO: Wikimedia Commons/ China News Service/中国新闻网 [CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0)]

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

KEPIMPINAN tertinggi China mengakui kelemahan dalam memberikan respons berikutan merebaknya wabak koronavirus di negara itu.

Pengakuan yang jarang didengar daripada kepemimpinan tertinggi Komunis negara itu disusuli gesaan supaya dipertingkatkan keupayaan sistem pengurusan darurat di China, lapor bbc.com.

Selain itu, tindakan tegas turut diambil bagi membanteras pasaran haram hidupan liar yang didakwa sebagai punca tercetusnya virus berkenaan.

Setakat ini jumlah kematian telah mencecah 425 dengan lebih daripada 20,000 kes dilaporkan.

Sebelum ini cara kerajaan China menangani penularan wabak tersebut dikecam hebat.

Para pegawai dituduh sengaja menggambarkan bahawa keadaan tidak berbahaya pada detik-detik awal wabak, selain cuba menyekat berita sebenar.

Juga, seorang doktor di Wuhan yang cuba memberi amaran kepada rakan-rakannya tentang penularan wabak itu pada awal Januari dituduh sengaja menyebarkan komen palsu.

Juga, hari ini Hong Kong telah melaporkan satu kematian akibat jangkitan koronavirus. Mangsa ialah seorang lelaki berusia 39 tahun yang pernah berkunjung ke Wuhan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here