Covid-19: kenaikan mendadak jumlah kematian di Hubei

0
1964
SUMBER: European Centre for Disease Prevention and Control (ECDC)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

KIRA-kira 242 kematian direkodkan kerana jangkitan virus Covid-19 di Hubei semalam.

Selain itu jumlah kes yang dilaporkan juga mengalami peningkatan mengejut dengan 14,840 orang disahkan dijangkiti virus tersebut, lapor bbc.com.

Berikutan itu pihak berkuasa di Hubei telah mula menggunakan definisi lebih meluas untuk mengesan virus tersebut.

Sebelum semalam keadaan dikatakan stabil di Hubei di mana wabak tersebut berpusat.

Kes-kes terbaharu bersama jumlah kematian di wilayah itu kini melonjakkan angka kematian di seluruh China di atas paras 1,350 dengan hampir 60,000 jangkitan secara keseluruhan.

Sementara itu, media rasmi kerajaan melaporkan bahawa setiausaha Parti Komunis China di Hubei, Jiang Chaoliang telah digantikan dengan Ketua Parti Komunis di Shanghai, Yin Yong.

Ketua Parti Komunis di bandar raya Wuhan  juga telah lucutkan jawatannya.

Ini merupakan pertukaran terbesar kepimpinan Parti Komunis China di Hubei sejak wabak bermula.

Awal minggu ini beberapa pegawai kesihatan juga dilaporkan telah ditukarkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here