Restoran Wuhan di Arab Saudi jadi tarikan pengunjung

0
734

OLEH FAUZAN UDA AHMAD

SEBUAH restoran makanan segera di Sharjah, Arab Saudi, secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai. Bukan kerana masakan atau tarikan chefnya tetapi kerana namanya yang menyamai bandar Wuhan di China.

Sejak virus Convid-19 tersebar di Bandar Wuhan, ibukota wilayah Hubei di China, restoran Wuhan di food court Ansar Mall ini telah menarik perhatian orang ramai, lapor OKENews.

“Setiap hari banyak orang mengambil gambar restoran kami. Bahkan terdapat juga yang mengambil gambar selfie dengan papan nama kami,” kata Mohammad Yusuf, pengurus restoran ini, sebagaimana dipetik dari Gulf News.

“Ini semua sangat melucukan. Awalnya saya tidak faham mengapa restoran kami telah menarik minat semua orang tetapi sekarang saya mengetahuinya,” kata beliau.

Younas Aziz, pemilik Restoran Wuhan berasal dari Pakistan yang mengurus tempat itu selama dua tahun ini, mengatakan dia tidak tahu wujudnya sebuah bandar bernama Wuhan sehinggalah munculnya virus Convid-19.

“Nama Wuhan diberikan kepada kami oleh Kementerian Pengembangan Ekonomi Sharjah (SEDD). Kami ingin menyajikan makanan Indo-Cina dan mereka menyarankan nama Wuhan sebelum kami mula beroperasi ” kata Aziz yang baru sahaja kembali dari Mekah menunaikan ibadah umrah.

“Katika terhadap berita tentang virus Covid-19 baru kami tahu ia bermula di sebuah kota di China bernama Wuhan,” katanya.

Aziz tidak bimbang dengan perkaitan antara virus itu dengan nama restorannya dan sehingga kini masih meneruskan operasi.

“Wuhan hanyalah sebuah nama. Bagaimana ia boleh memberikan kesan, baik saya mahupun staf saya belum pernah berkunjung ke China, apalagi Wuhan, ” katanya.

Seorang pelanggan Filipina mengatakan, dia memutuskan untuk makan di restoran setelah namanya yang menarik perhatiannya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here