Polis Singapura beri amaran penipuan ambil alih akaun Whatsapp

0
457
FOTO: Wikimedia Commons/ Helar Lukats / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

POLIS Singapura hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati susulan penularan kaedah baharu penipuan menggunakan aplikasi Whatsapp.

Setakat ini sekurang-kurangnya 18 laporan telah diterima berhubung penipuan tersebut sejak Disember 2019, kata polis dalam satu kenyataan.

Penipuan bermula dengan mangsa menerima satu mesej Whatsapp daripada seorang ‘kawan’ yang sebenarnya merupakan akaun yang telah dicuri, meminta supaya penerima menghantar kepadanya kod pengesahan 6-digit.

Setelah mangsa berbuat demikian penerima akan mendapati bahawa aplikasi Whatsappnya tidak lagi dapat digunakan kerana telah diambil alih oleh pihak lain.

Dengan cara menyamar sebagai kawan, penipu akan juga meminta nombor-nombor kontak dan gambar kad kredit/debit, lapor portal CNA yang memetik jurucakap polis.

Selain itu penipu juga mendakwa dapat membantu mangsa menebus hadiah untuk cabutan bertuah palsu yang kononnya dari Lazada, Shopee atau Qoo10 atau berkongsi kata laluan (OTP) yang diterima.

Polis menasihatkan pengguna supaya tidak berkongsi kod pengesahan akaun dengan sesiapa dan sentiasa berhati-hati apabila menerima sebarang permintaan pelik menerusi Whatsapp, walaupun daripada orang yang dikenali.

Pengguna Whatsapp turut dinasihati supaya mengaktifkan sistem pengesahan dua peringkat (two-step verification)  yang terdapat dalam ‘settings’ aplikasi) supaya pihak lain tidak dapat menggunakan akaun peribadi mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here