Kasut Crocs berbau ayam goreng KFC di AS

0
383

ENAK… Gabungan The Crocs dan Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin bakal jadi antara paling pelik tahun ini iaitu kasut khas berbau ayam goreng dari restoran makanan segera itu.

Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), kasut edisi terhad digelar sebagai KFC X Crocs Clogs, diumum pada 12 Februari lalu dan bakal dijual di pasaran pada harga AS$60 (RM250).

Jurucakap rangkaian restoran popular tersebut menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa terdapat dua edisi kasut jenama Crocs itu dengan versi pertama dipanggil Bucket Clog.

Ia sebenarnya sudah pun buat penampilan sulung semasa Minggu Fesyen Antarabangsa New York awal bulan ini, dengan artis Me Love Me a Lot menggayakannya semasa hadiri acara itu.

Sepatu eksklusif tersebut digambarkan sebagai kasut platform tinggi versi avant-garde manakala bagi edisi ‘resipi asli’ KFC, terdapat “clog” klasik Crocs yang akan disediakan tidak lama lagi.

Kasut berkenaan bakal didatangkan syarikat tersebut dengan dua hiasan berbentuk paha ayam goreng yang boleh ditanggalkan pengguna, bahkan baunya juga enak seperti ayam goreng KFC.

Menurut stesen penyiaran CNN, kasut Crocs edisi terhad itu bakal dikeluarkan untuk pasaran AS dalam saiz tertentu yang boleh dipakai pelanggan dari kedua-dua jantina pada musim bunga ini.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pihak KFC di AS telah pun mengeluarkan satu video berdurasi 57 saat yang sudah ditonton lebih sejuta kali menerusi laman YouTube dan Instagram rasminya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here