Deen’s Maju Nasi Kandar hanya dikompaun RM50

0
812

Oleh FETTY RARA

SATU daripada dua kedai nasi kandar di George Town yang dikenakan kompaun oleh Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP) semalam ingin memaklumkan kepada pelanggannya bahawa bisnes mereka masih beroperasi.

Sebelum ini Deen’s Maju Nasi Kandar dan Nasi Kandar Clear (bukan Nasi Kandar Line Clear di Penang Road) dikenakan kompaun berjumlah RM200, tetapi tidak diarahkan tutup.

Pengurus Deen’s Maju Nasi Kandar Mohamed Ismail Seeni Mohamed berkata restoran beliau telah menerima skor 88% (Grade A) semasa pemeriksaan yang dijalankan oleh MBPP.

Menurut beliau mereka hanya dikenakan kompaun kecil RM50 kerana tidak menyusun minuman tin secukup tinggi.

Mohamed Ismail berkata isunya kecil  dan tidak menjejaskan perkhidmatan penghantaran makanan restoran tersebut, lapor The Star.

Sementara itu, Abdul Latiff Ali yang memiliki restoran popular, Nasi Kandar Line Clear di Penang Road berkata ramai yang keliru berikutan laporan kononnya premisnya telah dikenakan kompaun, walhal mereka tiada kena mengena dengan Nasi Kandar Clear.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here