Apakah Bersatu akan kekal dalam PH atau…?

0
859

Oleh ZAINI HASSAN

ESOK (Ahad) jam 9 pagi akan ada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Tentu ramai yang ternanti-nanti apakah agenda yang akan dibincangkan?

Mungkin ia lebih mendebarkan. Ia diadakan dua hari selepas mesyuarat majlis presiden gabungan Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana malam Jumaat.

Dengar kata terlalu panas mesyuarat itu. Ada yang mahu supaya janji peralihan kuasa dikotakan. Ada yang mahu Tun Mahathir meneruskan kuasa.

Pendek kata ada “pihak kerajaan dan pembangkang” dalam mesyuarat itu sebagaimana usikan Tun Mahathir dalam sidang akhbar itu.

Akhirnya, Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang memeningkan semua pihak. “Masa itu terpulang kepada saya” bila beliau akan melepaskan jawatan.

Diteliti gambar-gambar pada sidang akhbar itu kita boleh membaca reaksi bahasa badan mereka.

Sementara itu, ditanya sumber-sumber MPT mengenai mesyuarat Bersatu esok adakah sesuatu yang mengejutkan akan berlaku: “Kita tunggu esok.

“Saya tak berani ramal apa akan berlaku.”

Kita tunggu sidang akhbar itu pula. Mungkin lebih memeranjatkan.

Mungkinkah juga isu tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menghentikan prosiding ke atas penyokong kumpulan LTTE akan dibincangkan.

Salah seorang ahli majlis pemimpin tertinggi Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini secara terbuka menuduh Peguam Negara menyalahgunakan kuasanya dalam isu itu.

Kita tunggu esoklah.

“Sebarang keputusan (esok) adalah demi ummah,” kata seorang ahli Parlimen dari Bersatu.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here