Kerajaan Perpaduan selari dengan kaedah syarak

0
415

KUALA LUMPUR – BARISAN Jemaah Islamian Semalaysia (Berjasa) menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan yang disifatkannya sebagai Pakatan Nasional (PN).

Presiden Berjasa, Datuk Dr. Ir. Ts Badhrulhisham Abd Aziz dalam kenyataannya menyifatkan kerajaan perpaduan atau Pakatan Nasional ini (PN) selari dengan kaedah yang ditetapkan oleh agama Islam.

“ PN mesti ikhlas dan bertujuan untuk maslahah bukan untuk menyelamatkan mana-mana individu atau parti,” kata beliau.

Badhrulhisham, bagaimanapun mengakui bahawa kerajaan perpaduan ini kelihatan terlalu rapuh kerana keutuhannya bergantung kepada kesetiaan setiap MP.

“Berdasarkan kaedah syarak `jika tidak boleh buat semua jangan tinggalkan semua’. Sebagai contoh: jika tidak boleh melaksanakan PRU15 sekalipun, dengan adanya PN adalah jauh lebih baik,” tambah beliau.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here