Tun M terima semula jawatan Pengerusi Bersatu

    0
    654

    PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

    Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.

    “Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

    Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

    Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

    https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/548965/tun-m-terima-semula-jawatan-pengerusi-bersatu
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here