K-lon Nano – cermin mata kesihatan generasi masa kini

0
515

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

 

PERKEMBANGAN teknologi yang semakin pesat berkembang menyaksikan kebergantungan masyarakat hari ini terhadap gajet amat tinggi.

Tanyalah sesiapa sahaja, hampir semuanya pasti akan mengatakan bahawa kehidupan akan lumpuh seandainya gajet tidak berdampingan dengan mereka.

Dalam erti kata lain, masyarakat hari ini telah menjadi ‘hamba’ gajet kerana semuanya kini berada di hujung jari waima dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pun begitu, di sebalik kehebatan gajet dan teknologi yang ada ketika ini, tanpa disedari ia sebenarnya juga membawa keburukan secara jelas dan nyata.

Pastinya, impak besar yang akan berlaku adalah pada bahagian mata yang merupakan aset penting dan berharga buat manusia.

Lebih membimbangkan apabila gajet bukan hanya menjadi kepentingan buat orang dewasa tetapi kanak-kanak dari usia kecil juga kini menjadikan gajet sebagai panduan buat mereka.

 

Menyedari bahawa perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan diambil mudah, K-Link International Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah cermin mata khas, K-Ion Nano.

Bukan sembarangan cermin mata, sebaliknya ia merupakan cermin mata terapi yang dapat membantu mereka yang memiliki masalah penglihatan dari pelbagai punca.

Sudah berada di pasaran sejak Ogos 2017, cermin mata yang mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) itu telah terjual melebihi 70,000 unit.

Bertemu dengan salah seorang pengurus bertaraf Crown K-Link International, Ratnawita Dunan baru-baru ini, beliau memberitahu sambutan hangat yang diberikan terhadap cermin mata K-Ion Nano adalah disebabkan keberkesanannya dalam penjagaan mata.

Katanya lagi, produk yang dilabelkan sebagai cermin mata kesihatan moden itu bukan hanya mampu menyegarkan dan melegakan keletihan mata.

Tetapi, ia juga mampu meningkatkan fokus dan aliran darah serta melindungi mata daripada sinaran matahari.

“Seperti mana yang kita semua sedia maklum, generasi hari ini tidak boleh berpisah dengan gajet dan peranti masing-masing.

“Dek kerana itu, ia sebenarnya boleh merosakkan penglihatan mata dalam jangka masa panjang jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengatasinya.

“Dengan adanya K-Ion Nano ini, ia amat sesuai buat mereka yang kerap menggunakan gajet dan alat pandang visual konvensional yang lain kerana ia juga mampu menyerap dan memantulkan sinar biru yang boleh merosakkan mata,” ujarnya panjang lebar.

Tambah Ratnawita lagi, kelebihan yang ada pada K-Ion Nano terletak kepada bingkai dan lensanya yang mampu membantu menyegarkan mata dengan melancarkan aliran oksigen ke bahagian mata.

Ini katanya, dapat mengurangi ketegangan dan tekanan selain dapat mempertingkatkan jumlah tahap tenaga cahaya yang diperlukan oleh mata.

PENGARAH Am Kumpulan K-Link International, Datuk Dr. Md. Radzi Saleh bersama Fauziah Nawi yang dilantik sebagai Duta K-Ion Nano pada Oktober 2019.

“Keistimewaan K-Ion Nano adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan cermin mata ini apabila bingkainya diperbuat daripada getah termoplastik yang tahan lama dan cukup fleksibel.

“Manakala lensanya pula diperbuat daripada bahan nanoteknologi yang dapat melepaskan anion iaitu ion negatif dan sinar infra merah jarak jauh.

“Disebabkan pembuatannya yang berkualiti dan menggunakan teknologi tinggi itulah, ia mampu menghasilkan sinar infra merah yang dapat meningkatkan pengaliran darah, mengurangi lingkaran hitam dan garis-garis halus pada bahagian mata selain mencegah pelbagai masalah penglihatan,” jelas Ratnawita lagi.

Kata beliau lagi, salah satu faktor kejayaan K-Ion Nano juga adalah kerana salah satu rekaannya juga dibuat khas untuk kanak-kanak iaitu K-Ion Nano Kids selain dua untuk golongan dewasa, K-Ion Nano 5 dalam 1 dan K-Ion Nano 3 dalam 1.

Ditambah pula dengan cara pemakaiannya yang mudah iaitu lapan jam sehari selama tujuh hari berturut-turut, Ratnawita dengan optimis memberitahu pemakai akan dapat merasakan perubahannya dan membuatkan mata beransur-ansur sihat.

Dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM285, K-Ion Nano didatangkan dalam tiga warna menarik sesuai untuk semua lapisan usia.

Sementara itu, Primadona Fauziah Nawi yang dilantik sebagai Duta K-Ion Nano memberitahu beliau menggunakan cermin mata berkenaan setelah doktor mengesahkan ada katarak di matanya.

“Alhamdulillah setelah memakainya selama enam bulan dan membuat pemeriksaan sekali lagi doktor mengesahkan mata saya tiada katarak lagi.

“Disebabkan itu sejak Oktober tahu lalu saya dilantik sebagai Duta cermin mata ini.”

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here