[VIDEO] Wangian berbau keganasan dihasilkan

0
235

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PERCAYA atau tidak bahawa satu kumpulan pereka wangi-wangian mendakwa telah berjaya menghasilkan sejenis wangian badan yang berbau keganasan.

Pelik tapi benar kerana mereka menghasilkan bau seakan yang sering kali mencetuskan deria-deria tertentu apabila seseorang berdepan dengan keganasan.

Asalnya kumpulan itu menyuarakan protes dan membantah pelan untuk membangunkan gudang wangian di dalam sebuah bangunan bersejarah di Moscow yang mempunyai sejarah ganas berdarah, tapi akhirnya idea tersebut bertukar menjadi satu idea komersial.

Bangunan tersebut merupakan sebuah mahkamah peninggalan pemerintahan zalim pemimpin komunis era Soviet Union, Joseph Stalin yang telah membunuh berpuluh juta rakyat negara itu pada tahun-tahun 30an.

BBC yang melaporkan berita ini gagal menghubungi pemilik yang mencadangkan pembangunan gudang berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here