Pakatan masih belum putus asa, harap Tun M kekal PM

    0
    988
    fotoBERNAMA

    Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

    PAKATAN Harapan masih yakin bahawa Tun Dr Mahathir mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dan kini sedang mengumpul SD untuk menyokong beliau.

    Ini adalah susulan Yang Dipertuan Agong menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, lapor The Star.

    Ketika ditemui di pintu masuk Yayasan Albukhari di sini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan juga berharap untuk menghadap yang Dipertuan Agong untuk mengemukakan bukti.

    Beliau mendakwa setelah memperincikan maklumat termasuk SD, mereka mempunyai kira-kira 112 SD yang menyokong Dr Mahathir setakat pukul 4 petang tadi.

    Salahuddin juga berkata Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut selepas mesyuarat.

    Terdahulu kelihatan beberapa pemimpin Amanah memasuki Yayasan Albukhary pada kira-kira pukul 5.30 petang tadi, termasuk presidennya Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

    -BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here