Dr Mahathir kerja seperti biasa

0
2998

WALAUPUN beliau tidak lagi memimpin negara, tetapi ia masih kerja seperti biasa bagi Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas seminggu krisis politik yang menyaksikan perpecahan pakatannya dan pelantikan seorang perdana menteri baru.

Berpegang pada prinsip kerja tiada kesudahan, Mahathir tiba di pejabatnya di Putrajaya pada 9.30 pagi.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, beliau dirakam memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana, memberi makan ikan di pintu masuk dan berbual dengan kakitangan yang menyapanya.

“Ada banyak perkara saya hendak tulis,” katanya sambil menuju ke pejabat.

Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri sementara sehingga Agong melantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sebagai penggantinya.

Seorang pembantu beritahu FMT beberapa temujanji bersama ahli Parlimen Langkawi itu sudah diatur untuk hari ini.

Tahun lepas, apabila FMT berpeluang mengikuti pemimpin berusia 94 tahun itu selama sehari di pejabatnya, Mahathir ada bercakap tentang betapa pentingnya bekerja.

“Untuk terus hidup, anda mesti bekerja. Jika anda henti bekerja, anda akan mati, jadi saya perlu bekerja,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/02/dr-m-kerja-seperti-biasa/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here