Trio E1 ada elemen keserasian – Asfan Shah

0
541
Asfan Shah (dua dari kanan) bersama trio E1
(GAMBAR ATAS) ASFAN SHAH (dua dari kanan) bersama trio E1. – GAMBAR INSTAGRAM @E1.Band

Apabila Ezuwan datang kepada saya dengan ideanya untuk buat lagu retro, saya tertarik dan Semalam Saja merupakan lagu catchy pertama saya cipta untuk orang lain.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MUNGKIN ada yang ragu-ragu dengan kebolehan trio E1, yang dianggotai pereka fesyen Ezuwan Ismail dan dua model iaitu Ariff Imran serta Zulyasrani.

Namun, muzik video Semalam Saja yang dimuat naik secara rasmi menerusi saluran YouTube Indigital Muzik sejak Khamis (14 Februari) lalu membuktikan bahawa lagu berentak retro dendangan trio itu disenangi ramai dan telah mendapat tontonan ribuan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Trio yang ditubuhkan pada 18 November tahun lalu itu bukan digerakkan atas dasar syok sendiri atau teruja untuk bergelar artis.

Sebaliknya, kehadiran mereka dengan single Semalam Sahaja, ciptaan penyanyi dan komposer Asfan Shah adalah untuk membuktikan bahawa E1 juga mampu bersaing dalam industri hiburan tanah air.

Mereka yang ragu-ragu dengan kumpulan E1, antara lain memberi komen yang mendakwa, nyanyian E1 menggunakan auto tune dan cara itu sesiapa pun boleh menyanyi, cuba nyanyi live menjadi atau tidak.

Kebetulan Asfan, yang turut hadir pada sidang akhbar memperkenal trio E1 pada Khamis (14 Februari) lalu itu, mengakui ada beberapa bahagian lagu dibantu dengan penggunaan auto tune.

DARI kiri, Zulyasrani, Ezuwan Ismail dan Ariff Imran.

“Penggunaan auto tune adalah perkara biasa dalam rakaman lagu dan untuk E1 hanya beberapa bahagian saja yang digunakan. Saya lihat mereka ada bakat dan boleh menyanyi.

“Apabila Ezuwan datang kepada saya dengan ideanya untuk buat lagu retro, saya tertarik dan Semalam Saja merupakan lagu catchy pertama saya cipta untuk orang lain.

“Sebelum ini saya pernah merakam lagu rentak catchy tapi tak menjadi sebab orang ramai dah cap saya sebagai penyanyi balada,” jelas Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia.

Tambahnya, untuk menyanyi secara berkumpulan perlu ada keserasian dan E1 memiliki elemen itu.

Malah Asfan yakin E1 boleh menyanyi secara lansung tanpa miming jika dipanggil untuk persembahan.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here