MENTERI Besar, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kiri) bersama barisan Ahli Exco baharu ketika sidang media Pengumuman Barisan Exco Makmur Johor, di Kediaman rasmi Menteri Besar Johor.NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

JOHOR BAHRU  – “Ini adalah barisan Exco Makmur Johor.”

Demikian tegas Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengenai perlantikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang  mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, hari ini.

Menurutnya, anggota Exco tersebut termasuk wakil rakyat Bebas, Dr. Chong Fat Full yang keluar daripad PKR semalam merupakan barisan pemimpin yang ingin bekerja dan membeir sumbangan bakti kepada rakyat dan negeri Johor.

“Ini akan bekerja sebagai sebuah pasukan dan saya yakin  barisan Exco yang terdiri daripada gabungan pemimpin berpengalaman dan muda akan dapat memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat dan negeri,” katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, di sini hari ini.

Seramai 10 wakil rakyat termasuk enam muka baharu mengangkat sumpah jawatan, antaranya ADUN Pemanis, Dr. Chong Fat Full yang merupakan wakil rakyat Bebas selepas mengumumkan keluar daripada PKR, semalam.

Namun kejutan berlaku apabila satu-satunya ADUN Pas di Johor, Kapten (B) Najib Lep (Bukit Pasir) yang dikatakan bakal dilantik sebagai Exco tidak dilantik, sebaliknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat tambahan kerusi Exco daripada jangkaan tiga kepada empat.

ADUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad yang juga Bendahari BERSATU Johor menyertai barisan EXCO bersama Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Setiausaha BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri (Tenang) dan Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai).
Enam muka baharu turut dilantik termasuk Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang); Ayub Jamil (BN- Rengit), Zaiton Ismail (BN- Sungai Balang), Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN- Layang-Layang), selain Mohd Izhar Ahmad (BERSATU-Larkin) dan Dr Chong Fat Full (Bebas- Pemanis).

Turut dilantik sebagai Exco ialah ADUN Kahang, R. Vidyananthan.
Berikut adalah senarai tugas portfolio EXCO Johor:

1. Datuk Hasni Mohammad – Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor.
2. Datuk Samsolbari Jamali- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor.
3. Mazlan Bujang – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan, Warisan dan Budaya Johor.
4. R Vidyananthan – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor
5. Tosrin Jarvanthi- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor.
6. Ayub Jamil – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.
7. Mohd Solihan Badri – Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor
8. Zaiton Ismail – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor.
9. Datuk Onn Hafiz Ghazi – Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor.
10. Mohd Izhar Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Ushawan,Koperasi dan Sumber Manusia Johor.
11. Dr Chong Fat Full – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here