
Oleh FETTY RARA
LEBIH 1 bilion gajet Android berdepan dengan risiko digodam kerana tidak lagi menerima perlindungan melalui kemas kini keselamatan.
Menurut badan pemantau gajet, ‘Which’ ia bakal mendedahkan pengguna di serata dunia kepada bahaya pencurian data, peras ugut dan serangan malware.
Sesiapa yang masih mengguna telefon Android yang dikeluarkan pada 2012 atau lebih awal perlu mengambil berat tentang perkara ini.
Google yang memiliki sistem Android tidak memberi respons kepada permohonan penjelasan daripada bbc.com yang melaporkan perkara berkenaan.
Menurut data sedia ada Google lebih 42.1% pengguna gajet Android di seluruh dunia masih menggunakan versi 6.0 atau sistem operasi yang lebih awal.
Buletin keselamatan Android berkata tiada terdapat sebarang ‘patch’ kemas kini bagi sistem Android pada 2019 bagi versi lebih awal daripada 7.0.
Berdasarkan dapatan tersebut ‘Which’ berkata dua daripada setiap lima pengguna sistem Android di seluruh dunia tidak lagi menerima kemas kini pada perisian asas mereka.
-BebasNews