Datuk Azhar SPR: contohilah TS Hashim

0
669
Oleh PUAD ZARKASHI

 

Tommy Thomas dan Latheefa Koya sudah letak jawatan. Maka Pengerusi SPR bila lagi mahu letak jawatan.

Beliau juga lantikan politik. Dia adalah aktivis pro PH. Beberapa tindakan beliau semasa beberapa PRK membuktikan dia memihak dan tidak tegas.

Contohnya di PRK Tanjung Piai. BERSIH 2.0 sebuah NGO yang pro PH turut mengemukakan laporan bahawa SPR di bawah Datuk Azha Azizan Harun tidak bebas dan tidak profesional.

Semasa PRK tersebut Menteri Persekutuan dari PH termasuk Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pembangunan dan peruntukan baharu berjumlah RM23.93 Juta.

Ini menjadikan pilihanraya tersebut bukan pilihanraya di padang permainan yang sama rata.

SPR juga dikritik hebat kerana berkompromi dengan syarat tidak munasabah seperti mesti ada permit polis untuk megadakan kempen dari rumah ke rumah.

Azhar turut dikecam kerana tidak mahu membuat rayuan apabila Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan Datuk Anifah Aman untuk kerusi Parlimen Kimanis di PRU ke 14.

Mahkamah memutuskan SPR bersalah bukannya Datuk Anifah Aman. Sepatutnya SPR yang membuat rayuan. Tetapi sebaliknya SPR mengumumkan PRK akan diadakan.

Anifah Aman hanya menang dengan majoriti 156 undi sahaja. SPR dituduh bermain politik iaitu dengan mengadakan PRK maka Warisan berpeluang merampas kembali kerusi itu dengan mudah. Malangnya Warisan kalah lagi teruk dengan majoriti 2,029 undi.

Tan Seri Mohd Hashim bekas Pengerusi SPR memendekkan tempoh perkhidmatan beliau apabila Kerajaan BN tumbang di PRU ke 14

Beliau bukan aktivis BN. Kenapa Azhar tidak mahu mencontohi Tan Seri Hashim? Dan kenapa BERSIH 2.0 membisu?

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here