Lagi lokasi dikunjungi pesakit Covid-19

0
2691

SEJAK jumlah kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dari gelombang kedua, kerajaan digesa mendedahkan lokasi jangkitan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertegas bahawa dengan mendedahkan lokasi jangkitan, ia boleh menyebabkan identiti pesakit terbongkar dan mengundang stigma.

Dalam gelombang kedua jangkitan itu, sejak 27 Feb, kementerian hanya mendedahkan jumlah kes yang disahkan dan sama ada kes-kes tersebut mempunyai kaitan dengan kelompok tertentu.

Pendekatan itu berbeza dengan yang diambil negara seperti Singapura, yang mendedahkan lokasi yang dilawati oleh pesakit yang diuji positif. Jepun, Belanda dan Korea Selatan pula mendedahkan maklumat mengenai jumlah kes setiap daerah atau wilayah.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai seumpamanya turut menyatakan premis perniagaan di mana seorang kakitangan mempunyai hubungan rapat dengan pesakit sebenarnya telah diuji negatif dan pihak pengurusan hanya mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap membersihkan premis mereka.

Pada masa sama, semakin banyak organisasi menerbitkan maklumat secara sukarela apabila didapati seorang pesakit Covid-19 telah melawat tempat mereka sebelum diuji.

Ia termasuk gereja, masjid, sekolah, universiti, pusat gim, bank, agensi negeri dan pusat beli-belah.

Malaysiakini mengumpulkan lokasi-lokasi ini, serta lokasi-lokasi yang disebut dalam laporan berita yang disahkan, dalam laman khas pengesan kes Covid-19.

Ketika laporan ini ditulis, 29 lokasi telah dikenal pasti, hampir semua di Lembah Klang.

Semua bangunan yang terlibat telah dibersihkan mengikut arahan KKM.

Untuk mengelakkan jangkitan, kementerian menasihati orang ramai supaya sentiasa mencuci tangan dan menyahkuman permukaan seperti lantai.

Individu yang sakit harus memakai topeng untuk mengelakkan menjangkiti orang lain.

Sekiranya anda mempunyai simptom dan bersentuhan dengan seseorang yang diuji positif untuk Covid-19 atau baru-baru ini atau ada mengunjungi negara-negara yang mempunyai jumlah kes yang tinggi, sila hubungi talian di bawah untuk mengetahui cara mendapatkan ujian.

Gejala-gejala Covid-19 termasuk demam, batuk, sakit tekak atau masalah pernafasan.

Talian KKM: 03-888 10200, 03-888 10600 dan 03-888 10700

https://www.malaysiakini.com/news/514408
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here