Beri Muhyiddin Peluang Membantu Rakyat

fotoBERNAMA

Oleh DATO PROF. EMERITUS DR HASHIM YAACOB & ADI SUKMA

MALAYSIA kini sudah mempunyai kerajaan baru yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang politikus yang jarang ada tandingan pengalamannya.

Para Menteri dan Timbalan Menteri sudah pun terlantik dengan perkenan DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.

Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan pelantikan yang telah dibuat, kita sebagai rakyat sepatutnya memberi kerjasama kepada mereka untuk menjalankan tugas tanpa diganggu gugat dengan sebarang kata-kata negatif sehingga sukar untuk mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Berilah peluang untuk kerajaan baru ini untuk membuktikan kebolehan mereka mentadbir negara ini agar rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Bukankah manfaat yang dikehendaki oleh rakyat?

Pantaulah kerja-kerja yang akan dijalankan oleh menteri-menteri yang baru ini sekiranya kewibawaan mereka diragui.

Berikan mereka kredit kalau mereka menjalankan tugas dengan baik, dan sebaliknya.

Kita tidak boleh semata-mata mengata buruk atau bersangkaan buruk terhadap orang lain sebelum buktinya menjadi nyata.

Kalau kita benar orang Islam yang memegang Kitabullah dan takut melanggari Perintah-Perintah Allah SWT, maka hayatilah Firman-Firman yang tersebut di bawah ini, semoga bertambah keimanan:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan kecurigaan, kerana sebahagian dari kecurigaan itu adalah dosa. (Al-Hujurat ayat : 12)

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya
(QS. 17:36).

… Kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa (QS. 48:12).

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here