FOTO: Wikimedia Commons/Ronnie Macdonald from Chelmsford, United Kingdom / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh FETTY RARA

PENGURUS kelab bolasepak Arsenal, Mikel Arteta didapati positif Covid-19, justeru perlawanan dengan Brighton yang dijadualkan esok telah ditunda.

Berikutan itu, pasukan Gunners juga telah menutup padang latihan mereka dan semua kakitangan kelab diminta kuarantinkan diri masing-masing, lapor bbc.com.

Susulan itu juga, Premier League akan mengadakan “mesyuarat tergempar” hari ini bagi membincangkan jadual perlawanan akan datang.

Menurut Arteta, 37, apa yang berlaku amat mengecewakan setelah beliau menjalani ujian kesihatan dan mendapati keputusannya positif.

Kelab Arsenal menjangka ramai ahlinya akan kuarantinkan diri secara sukarela, termasuk “seluruh skuad pertama.”

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here