MPM kesal, bantah Filipina teruskan Sukan Para ASEAN 2020

0
440

Oleh KAKI BANGKU

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) kesal dengan tindakan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC), Michael Barredo yang membuat keputusan secara sebelah pihak untuk meneruskan Sukan Para ASEAN (APG) Ke-10, 2020 pada 26 Mei hingga 2 Jun ini.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, tindakan Barredo bercanggah dengan prosedur Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) termasuk ketika meminda tarikh asalnya, yang pertama 18 hingga 24 Januari dan kedua, 20 hingga 28 Mac gara-gara penularan wabak coronavirus (Covid-19).

“Dia membuat keputusan itu secara bersendirian tanpa mendapat persetujuan APSF. Dia cuma menghubungi sendiri beberapa negara termasuk Malaysia tanpa mendedahkan siapa dan jumlah mereka, supaya bersetuju dengan tarikh baharu APG itu.

“APSF telah sebulat suara menolak cadangannya kerana mahu semua keputusan perlu melalui mesyuarat Majlis persekutuan terlebih dulu. MPM juga sudah menghantar surat bantahan kepada PPC mengenainya apabila mendapat tahu tuan rumah menamakan pembawa bendera kontinjennya, minggu lalu,” katanya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

MEGAT D. Shahriman Zaharudin (dua dari kiri) pada sidang akhbar khas membantah tindakan Filipina meneruskan Sukan Para ASEAN 2020 tanpa merujuk APSF.

Ujarnya, APSF memaklumkan antara sebab penolakan keputusan PPC itu ialah tuan rumah gagal menyerahkan perancangan garis panduan kepada mereka, tiada kepastian oleh kerajaan Filipina mengenai langkah pencegahan Covid-19 dan APSF tidak pernah dirujuk mana-mana pihak berhubung status APG 2020.

“MPM baru-baru ini memaklumkan APSF bahawa segala keputusan berhubung status APG 2020 hanya boleh dibuat oleh APSF selaku badan utama,” katanya.

MPM juga jelasnya, kerajaan Malaysia perlu dimaklumkan segera mengenainya selain berhak dalam memutuskan status penyertaan kontinjen negara ke temasya edisi ke-10 itu ekoran menularnya wabak Covid-19 ketika ini.

“Hal ini diperlukan kerana keselamatan dan kesihatan atlet-atlet dan pegawai-pegawai pada APG 2020 akan sentiasa menjadi keutamaan MPM dan kerajaan Malaysia.

“MPM juga memuskan bahawa segala isu yang timbul itu mampu menjejaskan peluang untuk APG dianjurkan lagi pada masa hadapan. Walau bagaimanapun kami
berharap, segala ini berbangkit ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here