Nepal gantung permit daki Everest bagi bendung Covid-19

0
307
FOTO: Wikimedia Commons/ Rdevany / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

CEMAS… Meskipun baru catat satu kes sahaja, sama seperti negara jirannya, Bhutan; pihak berkuasa Nepal akhirnya bertindak tegas apabila gantung permit pendakian Gunung Everest.

Langkah tegas ini diambil sebagai usaha pencegahan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia dan kebimbangan serius penyakit itu mungkin dibawa ramai pendaki dari luar negara.

Ekoran tindakan itu yang diumumkan kerajaan secara mengejut di ibu kota Kathmandu semalam menyaksikan ratusan pendaki asing terkandas apabila disekat ke laluan kaki gunung tersebut.

Penutupan gunung tertinggi di dunia dengan jarak 8,848 meter dari paras laut itu dilakukan lewat sehari selepas pemerintah China melarang pendakian dari arah kawasan sempadan negaranya.

Menteri Budaya, Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal, Yogesh Bhattarai memberitahu pihak media, kerajaan turut membatalkan pendakian bagi semua gunung di negara berkenaan.

Ini termasuk sekatan pemberian visa kepada pelancong yang gemar mendaki sekitar Banjaran Himalaya selepas musim sejuk kerana faktor cuaca agak selesa dan suhu tidak begitu ekstrem.

Setiap tahun, Nepal meraih keuntungan jutaan dolar hasil pendapatan daripada pengeluaran lebih 300 permit pendakian Everest yang harus dibeli hampir 900 orang pendaki gunung itu.

“Pemerintah gantung semua pendakian sepanjang musim bunga tahun ini dan halang permit diberi kepada mana-mana pendaki antarabangsa bagi tempoh masa ini juga,” jelas Bhattarai.

Cadangan drastik itu bagaimanapun ujar beliau, bakal disemak semula kerajaan Nepal setelah situasi keadaan Covid-19 di serata dunia dijangka kemungkinan besar stabil pada bulan depan.

Nepal setakat ini sudah pun rekod satu kematian manakala, jirannya, India telah catat jumlah kumulatif kes sebanyak 81 pesakit dengan satu kematian dan 10 penghidap sembuh kembali.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here