Asyraf: Hentikan berbalah isu kabinet PN

0
2497

PEMIMPIN politik digesa berhenti bertelagah isu kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan memberi fokus kepada usaha menangani isu rakyat yang serius ketika ini.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata semua pemimpin politik baik kerajaan mahun pembangkang perlu melakukan “gencatan politik” buat sementara waktu.

“Hari ini telah terbentuknya kabinet kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik berhubung dengan kabinet, bagi saya hari ini kepimpinan politik harus tumpukan kepada usaha untuk menangani isu dihadapi oleh rakyat.

Malam tadi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut mengkritik komposisi menteri Umno dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Jelas beliau agihkan kerusi yang dibuat oleh perdana menteri tidak adil kepada Umno selaku parti yang dominan.

Sebelum itu beberapa pemimpin Umno turut menyuarakan nada sama antaranya Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Azalina Othman Said.

Azalina menyifatkan barisan kabinet PN yang dibentuk oleh perdana menteri sekadar untuk memberi kekuatan kepada Muhyiddin dan Bersatu.

Kelebihan pada Azmin

Turut menyuarakan pandangan sama Veteran Umno, Shahrir Samad yang menyifatkan Bersatu terlalu dominan dalam komposisi kabinet.

Seorang lagi Anggota MT Umno, Tajuddin Rahman pula menyifatkan agihan kerusi kabinet hanya memberi kelebihan kepada Bersatu dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya menteri Umno hanya diberi portfolio yang sukar untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Asyraf berkata berdasarkan situasi semasa penularan wabak Covid-19, sewajarnya kesemua pemimpin politik berganding bahu menangani kemelut ini.

Katanya, rakyat juga bakal berhadapan dengan situasai sukar apabila ekonomi negara turut terkesan dengan penularan wabak berkenaan.

“Dalam hal ini adalah lebih baik seluruh kepimpinan tanpa mengira dalam konteks kerajaan mahupun pembangkang untuk kita melakukan ‘gencatan politik’ buat sementara waktu

“Yang membawa makna kita letakkan ketepi soal perbezaan, mari kita sama-sama muafakat dan bekerjasama menangani isu rakyat yang begitu menghimpit hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kejatuhan harga minyak dunia akibat Covid-19 akan memberi kesan kepada ekonomi negara kerana Belanjawan 2020 adalah berasaskan harga bahan bakar itu pada masa lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/514651
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here