Bill Gates tarik diri daripada lembaga pengarah Microsoft, tumpu kerja amal

0
305
PHOTO: Wikimedia Commons/ DFID - UK Department for International Development / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PENGASAS Microsoft  Bill Gates telah menarik diri sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersebut.

Beliau sebaliknya akan menumpukan usaha kepada pembangunan kesihatan global, pendidikan dan menangani masalah perubahan cuaca, lapor bbc.com.

Sebagai antara individu paling kaya di dunia, Gates, 65, turut mengundurkan diri daripada lembaga pengarah syarikat induk milik Warren Buffet, Berkhshire Hathaway.

Sebelum ini pada 2008 Gates telah menarik diri daripada tugas-tugas harian operasi Microsoft.

Mengumumkan tindakan terbaharunya itu, Gates berkata syarikat Microsoft akan kekal sebagai mercu tanda penting sepanjang hayatnya dan beliau akan terus berhubungan dengan kepimpinan syarikat tersebut.

Beliau yang mempunyai nilai peribadi sebanyak 103.6 bilion dolar Amerika itu disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai individu paling kaya selepas pengasas Amazon, Jeff Bezos.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here