Innuendo kembali temui peminat

0
364
INNUENDO mahu mengubati kerinduan peminat dengan suara harmoni mereka.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

RINDU nak dengar lagu Belaian Jiwa versi Innuendo secara langsung? Semua itu boleh anda nikmati bila hadir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 10 April nanti.

Kumpulan Innuendo yang kini hanya tinggal Sam (Shamsul Azhar Nazeer), Taj (Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir) dan Pot (Saiful Amir Abdul Wahab) bakal memperdengarkan suara mereka kepada penonton sempena konsert Innuendo – The Return.

Anggota yang tidak lagi bersama Innuendo ialah Reymee atau nama penuhnya, Reymee Mohamed Hussein yang kini menumpukan perhatian pada perniagaan.

Menurut Pot, mereka telah berusaha memujuk Reymee untuk kembali aktif dalam bidang seni namun pelawaan mereka itu ditolak.

“Bukan kami tak ajak Reymee, cuma dia yang tak nak. Hampir setahun juga kami memujuk dia supaya kembali bersama Innuendo tapi apakan daya, Reymee kini sibuk dengan perniagaan.

KONSERT Innuendo – The Return bakal temui penonton pada 10 April di Istana Budaya.

“Kami hormati keputusannya. Biarpun hanya bertiga, kami janji akan memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat yang setia menyokong Innuendo sehingga kini,” katanya terus terang.

Untuk persembahan selama dua jam itu nanti, Innuendo yang merupakan kumpulan pop R & B yang popular sektiar 1990-an, akan diiringi oleh 12 pemuzik profesional di bawah pimpinan Michael Veerapan.

Antara 20 buah lagu yang bakal didendangkan oleh Innuendo selain Belaian Jiwa adalah Ratu Hati, Selamanya dan Gemawan.  Vokal harmoni Sam, Taj dan Pot pasti dapat mengubati rindu peminat tegar kumpulan yang pernah mendapat julukan Boyz II Men Malaysia itu.

Konsert anjuran Shiraz Projects Sdn. Bhd., menawarkan tiket-tiket berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (Platinum) RM125 (Gold). Telah dijual sejak 17 Februari di www.myticket.asia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here