Baja DDR pilihan petani

0
508
BAJA DDR Bio Grow membantu petani mendapat hasil yang segar.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

AGAK lama juga usahawan produk kesihatan, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din menyepikan diri. Kini beliau kembali dalam bidang perniagaan, bukan sebagai pengusaha produk kesihatan tapi sebagai pengeluar baja organik DDR Bio Grow.

Baja organik ini mula diperkenalkan di pasaran tempatan sejak awal tahun lalu dan semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan petani, khususnya penanam padi.

Penanam padi memilih baja yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam ini kerana ia mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 80 peratus kepada 3.55 tan daripada 0.3 hektar semusim. Berbanding sebelum ini, hasil padi kurang 1.8 tan semusim.

“Baja ini kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah.

“Ia juga kaya dengan PGR (plan growth regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan dan berupaya memperbaiki hasil tanaman serta meningkatkan hasil tanaman daripada 30 peratus hingga 100 peratus,” jelasnya tentang kelebihan baja organik tersebut.

Selain itu, katanya, baja tersebut juga mengandungi hasil lautan iaitu kitosan dan rumpai laut. Kedua-dua bahan tersebut bertindak sebagai pendorong pembesaran selain mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis.

Ujarnya, baja berkenaan juga mampu merawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil. Ia juga mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani.

“Hasil kajian mendapati kuasa bio mampu membantu tanah menjadi subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik. Ia memberikan pulangan hasil tanaman yang tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan.

PENANAM padi memilih untuk menggunakan baja DDR Bio Grow untuk menambah pengahasilan.

“Selain itu, ia juga menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman yang cepat,” jelasnya tentang kelebihan baja DDR Bio Grow yang sesuai untuk semua jenis tanaman pertanian.

Mengimbas detik awal pembabitannya dalam penghasilan baja organik ini, Dr. Romzey berkata, semua bermula apabila beliau melihat sektor pertanian berdepan masalah kurang hasil dan serangan makhluk perosak berulang.

Melihat kepada permasalahan itu, beliau bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian.

“Kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pembangunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini,” katanya.

Sementara itu, Kamal Yatim, 54, berkata, penggunaan baja DDR Bio Grow menggubah landskap pertanian yang diusahakan beliau lebih 40 tahun apabila hasil padi yang diusahakan meningkat berbanding sebelumnya.

“Sejak saya guna DDR hasil memang meningkat berbanding baja sebelum ini, hasil kurang daripada 1.4 tan. Dengan baja DDR, hasil terus meningkat 2.63 tan untuk 0.75 relung atau 0.218 hektar,” katanya.

DDR Bio Grow dipasarkan dalam saiz satu liter (RM65) dan empat liter (RM199). Maklumat lanjut sila layari ddrbiogrow.com atau hubungi 012-2627125.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here