Kaji selidik TSIS dapati Anwar memang ditolak

0
613

TERENGGANU Strategic & Integrity Institute (TSIS) berkata, penegasan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh orang-orang Melayu kerana falsafah ‘Liberal’ beliau.

Kaji selidik bebas TSIS dari 1 Februari ke 20 Februari 2020 merangkumi 1451 responden di kesemua 222 Parlimen di seluruh Malaysia mendapati bahawa penegasan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar ditolak oleh orang Melayu adalah betul.

Malah, kaji selidik bebas TSIS bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Situasi Politik Semasa Negara” ini mendapati penolakan ke atas Anwar ini bukan hanya membabitkan orang-orang Melayu sahaja tetapi turut merentasi kaum, jantina dan peringkat umur, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Dr. Wan Mat Sulaiman dalam kenyataannya.

Bila ditanya kesetujuan mereka bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Harapan yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Mahathir sebagai Perdana Menteri, hanya 33% (479) yang bersetuju manakala 59% (856) tidak bersetuju.

Daripada yang tidak bersetuju bahawa Anwar paling sesuai menjadi Perdana Menteri ini, 33% (282) memberikan punca ketidaksetujuan mereka kepada ‘masalah moral’ berbanding 26% (223) kepada ‘terlalu Liberal’ dan 20% (171) kepada ‘tidak tegas’.

Bila diselidiki lebih lanjut, didapati bahawa, bagi ramai responden yang ditemui, ‘masalah moral’ dan ‘tidak tegas’ yang dikatakan dihadapi oleh Anwar ini adalah berhubung-kait rapat dan turut berpunca daripada sikap ‘terlalu liberal’ beliau.

Antara contoh yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah pengumuman Anwar seperti yang tersiar di dalam agensi berita Associated Press pada 17 Mei 2018 bahawa “dasar-dasar tindakan afirmatif untuk orang-orang Melayu mesti dihapuskan”.

Begitu juga dengan ucapan Anwar di LSE pada 18 Mac 2010 bahawa mempercayai hanya akidah tertentu mampu menyelamatkan manusia adalah sikap eksklusif dan mengatakan kepercayaan penganut agama lain salah adalah tidak betul.

Begitu juga dengan kenyataan Anwar yang tersiar di dalam agensi berita Al-Jazeera pada 21 September 2018 bahawa undang-undang liwat adalah purba dan tidak adil kerana perlakuan itu hanya menjadi kesalahan jika ianya dipaparkan kepada khalayak.

Contoh lain yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah kenyataan Anwar yang tersiar di dalam agensi berita British Broadcasting Corporation pada 25 Ogos 2009 yang bersetuju bahawa Lina Joy perlu diberikan hak untuk menjadi seorang Kristian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here