Nanyang mohon maaf kaitkan anak pemimpin PH dalam laporan

0
909

NANYANG Siang Pau memohon maaf berhubung laporan yang mendakwa seorang anak pemimpin Pakatan Harapan (PH) ditangkap di Singapura dengan wang tunai RM2 juta.

“Selepas disemak, laporan itu berdasarkan maklumat yang salah,” kata Nanyang dalam penjelasannya hari ini.

“Artikel itu tidak menyebutkan parti politik yang terlibat atau orang yang dimaksudkan.

“Perkara itu banyak diperdebatkan dalam talian dan menyebabkan mendapat kecaman,” kata akhbar harian berbahasa Cina itu.

Semalam, Nanyang melaporkan bahawa anak kepada seorang pemimpin kanan PH ditangkap di Singapura kerana memiliki wang yang tidak dilaporkan dan akan dikenakan denda.

Laporan itu hadir ketika timbul khabar angin mendakwa individu yang dimaksudkan adalah anak kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador sebelum ini tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kesediaan menyaman ahli exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo kerana menyebarkan khabar angin itu.

https://www.malaysiakini.com/news/514773
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here