TERDESAK: Boris Johnson letak industri British dalam keadaan perang bagi melengkapkan perkhidmatan kesihatan nasional (NHS)

0
600

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PERDANA Menteri British Boris Johnson meletakkan industri British dalam keadaan perang bagi melengkapkan peralatan untuk kegunaan perkhidmatan kesihatan negara itu (NHS) dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Dalam apa yang dilihat sebagai langkah terdesak bagi menangani keadaan, Boris meminta pihak pengeluar peralatan, termasuk syarikat Rolls Royce dan JCB supaya mengubah suai barisan pengeluaran sekarang bagi membantu menghasilkan alat ventilator sebagai sebahagian daripada “usaha nasional” untuk membasmi virus tersebut.

Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti semakin meningkat di UK, Setiausaha Kesihatan Matt Hancock mengisytiharkan bahawa generasi sekarang di negara itu tidak pernah berdepan dengan ujian sedemikian rupa.

Seperti mana mendiang Perdana Menteri Winston Churchil meminta seluruh rakyat British menggembleng tenaga semasa Perang Dunia Kedua, keadaan sekarang sekali lagi  memerlukan pengorbanan yang sama, lapor akhbar The Telegraph.

Sementara itu, daripada 10 kematian terbaharu di UK, lapan membabitkan warga emas berusia 80 dan lebih. Kesemua, kecuali seorang mempunyai penyakit lain.

Seorang ibu dan bayi yang baharu dilahirkannya turut didapati positif Covid-19 dan jumlah kes semakin meningkat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here