Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF
JIKA sebelum ini China, terutama wilayah Hubei dan bandar raya Wuhan dilabel sebagai pusat penularan wabak Covid-19, tetapi sekarang nampaknya trend sudah terbalik dengan pengesanan enam kes diimport dari negara luar.
Daripada jumlah kes itu empat dikesan berasal dari Sepanyol dan dua dari United Kingdom, lapor bbc.com yang memetik media tempatan.’
Kementerian Luar China telah mengeluarkan amaran berhubung kes-kes diimport ini dan risikonya.
Sebelum ini hanya empat kes tempatan dilaporkan, kesemuanya di Wuhan.
-BebasNews
Please follow and like us: