KEADAAN di sebuah pasaraya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi/ Foto: Aziz A. Shariff.

Oleh FETTY RARA

PEMBELIAN secara panik yang dilihat berlaku di beberapa pasar raya di Malaysia tidak akan membantu keadaan.

Ia berikutan lonjakkan mendadak jumlah kes jangkitan Covid-19 sejak semalam.

Dalam media sosial gambar dan video yang dimuat naik menunjukkan orang ramai menyerbu ke pasar raya untuk membeli barangan dapur.

Keadaan tidak ubah seperti musim perayaan di kebanyakan pusat membeli-belah dengan pelanggan memuatkan hingga menimbun barangan keperluan ke dalam troli, sementara stok di atas para pula semakin susut.

Apa yang berlaku ini adalah angkara momokan kononnya kerajaan akan menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ bagi mengekang penularan jangkitan wabak berkenaan.

Terdahulu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui akaun Twitter rasminya mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan berita palsu tentang wabak tersebut.

KPDNHEP seterusnya berkata pembelian secara panik tidak akan membantu keadaan, malahan akan menimbulkan impak negatif ke atas harga barangan dan bekalan produk keperluan asas.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here