
MUKHRIZ Mahathir akan mencabar Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden Bersatu pada pemilihan parti bulan depan.
Muhyiddin yang juga perdana menteri akan dicabar oleh Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu dan seorang lagi calon lain.
Jawatan presiden parti itu bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru apabila Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Cheras Mohd Faiz Azlee Sham menawarkan diri bertanding.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.
Sementara nama Muhyididn pula dicadangkan oleh Abu Bakar Mohamed dan disokong Tahir Mohd Taat.
Sementara itu, jawatan timbalan presiden pula turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Marzuki; Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan seorang lagi calon Ahmad Akashah Nazri yang merupakan timbalan ketua Pemuda Bersatu Selangor.
Pencalonan Marzuki dicadangkan oleh Mukhriz, dan disokong oleh pengerusi Bersatu sendiri, Dr Mahathir Mohamad.
Pencalonan ditutup jam tiga petang tadi.
Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding jawatan pengerusi parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Jaafar Albar.
Bagi jawatan naib presiden Bersatu pula, 15 calon menawarkan diri, termasuklah Mohd Radzi Md Jidin, Ronald Kiandee dan Mohd Redzuan Md Yusof.