Dr Mahathir nasihat rakyat M’sia jarakkan diri dari orang lain

0
286
FOTO: NSTP/ASYRAF HAMZAH.

IZINKAN saya bercakap sedikit berkenaan penyakit yang telah merebak, yang dikenali sebagai koronavirus yang telah jadi satu epidemik merebak seluruh dunia. Saya lihat keadaan di Malaysia dan saya nampak seolah-olah orang Malaysia tak begitu serius berkenaan tangani virus ini.

Kalau kita tak berjaga-jaga ia akan kena ribuan rakyat Malaysia dan ramai akan meninggal kerana penyakit ini. Penyakit ini luar biasa, ia disebabkan satu virus yg diberi nama corona kerana itu bentuk virus itu.

Virus ini tak pernah didapati dahulu sekarang g mudah merebak dan berjangkit. Kalau dekat dengan orang yang sakit, mungkin akan dapat jangkitan. Kalau dia tak pakai mask (topeng), dia batuk, bersin, kita mungkin dapat (jangkitan).

Sebab itu cara kita elak daripada dijangkiti kita mesti jauhkan diri daripada orang yang hidap sakit ini. Tapi orang ini mungkin tak sedar dia ada sakit ini kerana mulanya tak ada kesan sakit ini.

Baru-baru ini (kumpulan) tabligh adakan perjumpaan gergasi, 15,000 orang berhimpun. Daripada perhimpunan ini lebih 40 orang dijangkiti koronavirus. Sebabnya dalam kumpulan begitu besar kita tidak dapat asingkan diri dari jiran, dekat dengan orang, bersalam-salam, dan agak mudah dapat penyakit ini.

Bila orang ini batuk, dekat dengan kita, kita akan dapat penyakit ini. Sebab itulah saya berpendapat ada penting kita elak kumpul ramai-ramai termasuk bila kita sembahyang berjemaah.

Bila berjemaah perlu rapatkan diri dalam saf, ini bermakna bila ada yang sakit, kita akan berjangkit. Bukanlah kita nak tolak ibadat tapi saya fikir utk menyelamatkan diri, kita perlu terima hakikat dekat dengan orang adalah suatu yang berbahaya.

Saya bukanlah ulama, tapi sepertimana yang kita tau, kalau kita solat hajat, kita doa, kita solat minta selamatkan diri, tapi dalam al-Quran disebut Allah takkan makbulkan doa kita kalau kita tak buat sesuatu untuk tolong kita sendiri.

Sesuatu yang kita perlu buat kali ini ialah tidak rapatkan diri dengan orang walaupun semasa bersembahyang. Jdi kita perlu kuatkan usaha dgn asingkan diri dari orang yang tak ada kaitan dengan. Dalam rumah sendiri dengan ahli keluarga, tapi terhad situ sahaja dan tak jumpa orang.

Saya juga berpendapat bila kita dapat penyakit, kita perlu cepat ke hospital untuk buat ujian test. Bahkan pelawat perlu di-test sebelum naik kenderaan, bas, kapal terbang, dan pesawat harus dibersihkan setiap kali diguna. Banyak perkara yg perlu dilakukan oleh kita, bukan sahaja kerajaan tapi kita sendiri untuk selamatkan kita dari virus.

Dia juga ada kesan yang dahsyat kepada ekonomi, salah satunya industri pelancongan telah merosot sebanyak 70 peratus, pelancongan sumbangan kedua terbesar kepada negara.

Kalau turun 25 peratus pendapatan negara akan berkurangan, restoran, hotel dan travel agencies akan rugi, bila rugi takkan bayar cukai dan kjaan akan susah dan penerbangan akan berkurangan dan bisnes tak boleh diadakan.

Banyak bisnes bergantung kepada orang berkumpul dalam satu tempat, ini mendedahkan mereka kepada penyakit. Bila industri perlukan mass production, ini bahaya. Industri ini perlu dihentikan, apa yg boleh dibuat di rumah, buat di rumah.

Untuk mempelajari ilmu, tak perlu ke universiti atau sekolah, boleh belajar di rumah. Semua boleh dilakukan sekarang, jangan ambil ringan, ia amat berbahaya, ia satu big plague yang boleh jangkit bahkan ratus ribu orang.

Kita dapati Itali tutup negara dari pelancong dan tak beri rakyat ke mana-mana. Memang ini beri tekanan kepada rakyat tapi kalau tak ada disiplin diri, penyakit akan berpanjangan dan beri kesan buruk.

Di Wuhan, jumlah pesakit berkurangan. Ini kerana mereka berdisiplin duduk di rumah, jadi nampak seolah-olah kurang penyakit ini. Penyakit ini tak ada ubat, sebaliknya ia satu penyakit yg perlukan vaksin yang perlukan masa untuk ada dan testing mungkin ambil masa sehingga 18 bulan.

Jadi tak boleh anggap penyakit ini akan henti sendiri, dia takkan henti sendiri melainkan kita disiplin dan duduk di rumah dan tak keluar tempat org berkumpul seperi di pusat membeli belah.

Malangya ini akan merosakkan ekonomi negara tapi bukan negara kita sahaja tapi negara lain juga. Permintaan akan berkurangan dan akan beri kesan kepada kita dan mengakibatkan kerosakan ekonomi dunia.

Saya bukanlah ada jawatan apa-apa tapi saya rasa bertanggungjawab menjelaskan kerana saya dilatih sebagai doktor. Saya berdoa akan ada vaksin tetapi sementara itu disiplin kita dari bercampur orang lain adalah jalan yang terbaik.

Saya harap kita berasa bertanggungjawab dalam usaha kurangkan penyakit ini. Insya-Allah kalau kita berusaha Allah akan makbulkan. Saya ucap terima kasih kpd staf hospital dan KKM yang merupakan orang yang terhadapan menghadapi pesakit dan menjalankan usaha banteras pesakit ini.

Terima kasih kpd doktor, jururawat, pegawai rendah, tinggi, yang terlibat dalam usaha menyelematkan rakyat Malaysia.


DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri Malaysia.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here