Penjawat awam Perak terima gaji Khamis ini

0
598
GAMBAR IHSAN Pejabat Menteri Besar Perak.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PENJAWAT awam di negeri Perak akan dibayar gaji pada Khamis ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mereka termasuk kakitangan tetap dan kontrak, umum beliau dalam satu ucapan khas di kediaman rasminya di Ipoh hari ini.

Menurut Ahmad Faizal langkah ini diambil memandangkan arahan sekatan pergerakan pasti memberi kesan kepada rutin harian dan aktiviti ekonomi rakyat, lapor NST

Selain pembayaran gaji lebih awal kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan secara ‘one-off’ kepada penjaja dan perniagaan pekebun kecil yang menerima impak  pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal juga berkata pihak kerajaan negeri telah memutuskan untuk menunda bayaran balik sewa program perumahan Perak sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here