Syarikat telekomunikasi dicadang beri diskaun bil telefon, internet

0
216
FOTO: Wikimedia Commons/ pslim / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

SEORANG ahli PKR hari ini mencadangkan semua syarikat telekomunikasi agar memberi diskaun pembayaran bil telefon dan internet kepada rakyat Malaysia ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Menurut G Rajendran yang juga bekas naib pengerusi PKR Melaka, kerajaan perlu memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi memberi diskaun pembayaran selepas ramai pekerja diminta bekerja dari rumah.

“Walaupun, bekerja dari rumah nampak seperti mudah, sebenarnya tidak. Kamu akan menggunakan lebih banyak internet dan membuat panggilan kepada rakan kerja yang lain.

“Pastinya bil-bil telefon dan kapasiti penggunaan internet akan meningkat. Maka, kerajaan pusat perlu memastikan bahawa terdapat diskaun bayaran telefon dan internet sekurang-kurang satu hingga dua bulan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dengan pengumuman tersebut, kebanyakan syarikat dan majikan meminta pekerja supaya berkerja dari rumah.

“Kerajaan perlu mengambil kira kebajikan pekerja-pekerja yang bekerja dari rumah.

“Dalam masa 14 hari, penggunaan internet dan panggilan telefon akan meningkat. Jadi, kerajaan perlu mempertimbangkan dan mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memberi diskaun antara 20 peratus hingga 30 peratus,” kata Rajendran.

“Manfaat yang sama perlu diberikan kepada pelajar IPTA (institusi pendidikan tinggi awam) dan kolej swsta kerana walaupun diberi cuti kebanyakan mereka masih perlu menyiapkan projek-projek, tugasan dan kerja rumah dari rumah,” tambahnya.

Untuk rekod, perintah kawalan ini juga meliputi penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universit, semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Perintah mengawal pergerakan ini, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).

https://www.malaysiakini.com/news/515128
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here